Oleh : Abd Manaf Ahmad
Orang-orang yang menentang ISA, harus berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib yang telah membebaskan 5 orang tahanan ISA menjelang hari raya puasa tahun ini. Mereka tidak seharusnya mengkritik sepanjang masa tanpa menilai perubahan sikap kerajaan terutama selepas Dato’ Seri Najib memegang tampok pemerintahan negara.
Dalam apa-apa usaha untuk menjadi juara satu-satu isu, semua pihak harus bersikap terbuka dan positif. Kita bukan hendak kritik kerana hendak kritik tetapi kita mahu melihat kebajikan rakyat dan bangsa kita tercapai.
Kita masih ada perkara-perkara sensitif mengenai isu agama, isu bahasa dan lain-lain tetapi janganlah menimbulkannya dengan cara provokasi yang akan menimbulkan kemarahan kepada pihak lain. Kita boleh melakukan dengan cara sopan dan baik.
Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab , kita harus bersikap bijaksana supaya menjadi tauladan kepada anak-anak muda supaya mereka tidak menjadi golongan yang berfikiran sempit dan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan norma hidup orang Asia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Tuesday, September 15, 2009
Tuesday, September 8, 2009
MEMPERKASA PERBENDAHARAAN ISLAM
Oleh : Abd. Manaf Ahmad
Ramai dalam kalangan umat Islam tertarik dengan saranan Datuk Sri Mohd Najin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita, yang mengajak umat Islam agar tidak lokek mengorbankan harta dan wang ringgit demi pembangunan agama dan umat Islam di negara ini.Ada pihak yang menyarankan supaya ditubuhkan Yayasan Islam untuk tujuan itu. Namun ia tidak boleh memenuhi kehendak kewangan Islam, malah bercanggah dengan sistem kewangan Islam yang dikenali sebagai Baitulmal.
Saranan dan cetusan fikiran daripada Datuk Seri Najib itu patut dilihat dalam skop yang lebih luas berlandaskan sejarah perbendaharaan Islam semenjak pemerintahan khalifah yang kedua lagi yang memperkenalkan Baitulmal sebagai Perbendaharaan Islam yang unggul dan mempunyai sumber pendapatan yang sangat besar sepanjang pemerintah Islam berkhalifah.
Sumber Perbendaharaan Islam terdiri daripada harta tidak alih seperti tanah, bangunan yang diwakafkan, harta alih yang disedekah jariahkan seperti kenderaan dan peralatan yang membawa hasil lumayan, lain-lain hasil yang berpunca dari sedekah jariah dalam bentuk wang tunai.
Sekarang ini harta dan wang ringgit yang boleh dimasukkan ke dalam Baitulmal lebih besar seperti wang yang tidak dituntut di bank-bank, harta pusaka yang tidak berwaris. Semua aset dan punca kewangan ini adalah besar.
Disamping itu hasil kutipan zakat setiap tahun mesti dimasukkan ke dalam Baitulmal tetapi mesti diagihkan kepada lapan asnaf yang berhak menerimanya pada tahun itu juga. Seperti biasa aliran kemasukan wang zakat setiap hari boleh dilaburkan dalam tahun yang sama sebelum diagihkan.
Ramai umat Islam hari ini yang mempunyai harta yang berlebihan dan berhajat hendak mewakafkannya tetapi mereka melihat agensi yang menguruskannya tidak professional malah tidak selari dengan kehendak pelaburan semasa. Hal ini menjadikan mereka kurang berminat. Mereka tidak mahu melihat tanah yang diwakafkan menjadi sarang penagih dadah apabila ada pokok-pokok liar tumbuh ditempat itu.
Dalam setiap negeri dalam negara kita, ada Baitulmalnya masing-masing. Sumber pendapatan Baitulmal tertakluk dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri tetapi mereka tidak mempunyai tenaga profesional yang mencukupi untuk mengurusnya.
Ada dua sumber besar yang boleh menjana pendapatan Baitulmal iaitu harta individu Islam yang tidak aktif dan tidak dituntut (unclaimed monies) apabila melebihi lima tahun di seluruh bank di negara kita dianggap sebagai harta tidak dituntut. Sungguhpun wang simpanan yang tidak dituntut itu sedikit dan mengikut kebiasaannya wang itu dipindahkan kepada Amanah Raya. Adalah lebih baik wang simpanan umat Islam (unclaimed monies) itu didepositkan ke dalam Baitulmal.
Sumber kedua ialah harta pusaka yang tidak berwaris yang menjadi hal Majlis Agama Islam di setiap negeri atau sebahagian daripada harta pusaka yang menjadi hak Baitulmal. Apa yang berlaku sekarang ini ialah mereka berunding terus dengan pihak yang berkepentingan dengan harta di mati dan memintanya membayar pampasan kepada Majlis Agama Islam. Ini merupakan cara tidak professional dan tidak produktif.
Walaubagaimanapun tiada mekanisma yang memantau harta simati yang tidak berwaris di Pejabat Tanah. Begitu juga harta simati yang ada waris tetapi tidak berhak menerima semua harta pusaka itu. Semua harta-harta ini sepatutnya dituntut oleh Baitulmal dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri.
Pemantauan seumpama ini boleh dilakukan di Pejabat Tanah bagi harta pusaka yang tidak dituntut atau di bank-bank untuk menyemak akaun si mati yang tidak dituntut. Jika tidak dituntut, wang atau harta si mati seumpama ini, secara automatik dipindahkan kepada Amanah Raya sebagai harta tidak dituntut (unclaimed monies). Mengikut hukum syarak harta si mati yang beragama Islam yang tidak dituntut menjadi hak Baitulmal.
Dicadangkan supaya Urusetia Persidangan Raja-Raja Melayu bersama-sama Majlis Agama Islam Negeri dapat menyediakan kertas dasar Penubuhan Perbadanan Baitulmal negeri-negeri dan digabungkan dibawah satu pentadbiran pusat dan diurus tadbir oleh pakar-pakar berwibawa dalam bidang kewangan dan ekonomi Islam di peringkat negeri dan pusat.
Oleh kerana perkara ini dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu, maka dicadangkan supaya pentadbiran dan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri dengan kerjasama pakar-pakar kewangan, pelaburan dan pentadbiran Islam diperingkat negeri dan pusat boleh merafak sembah nasihat kepada Baginda Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing untuk dirundingkan dalam persidangan Raja-Raja Melayu dan melahirkan Perbadanan Baitulmal yang diperlukan itu. Tentu ada pakar-pakar kewangan dan pelaburan Islam di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, bersedia menjayakan cita-cita yang mulia ini.
Datuk Abd. Manaf Haji Ahmad adalah bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)