Wednesday, October 21, 2009

CALUN PILIHAN RAYA

By ManafMubarak on September 25, 2009 8:58 AM
Assalamu alaikum Tun,
1. Saya memang ternanti-nanti komen Tun mengenai calun pilihan raya kecil ini kerana ia melibatkan bukan sahaja BN tetapi juga negara kita Malaysia tercinta. Malah ia akan menjadi tauladan yang baik kepada parti komponan BN pada masa hadapan.
2. BN mempunyai jentera yang banyak untuk menetukan calun yng terbaik dalam kalangan calun-calun yang dicadangkan oleh bahgian dan negeri. Gunakanlah jentera itu sebaik mungkin demi masa depan Malaysia.
3.Semua pihak harus berkorban demi bangsa dan negara. Gunakanlah suara hati yang putih dan jujur kerana disebalik keputusan yang kita buat dilihat oleh Allah SNW. Kita boleh sembunyi hasrat yang sebenar tetapi di akhirat kelak semasa meniti Siratul Mustaqim kita akan dibicarakan sekali lgi . Pada masa itu mulut dikunci tetapi hati, minda , tangan mata telinga kaki dan tangan akan menyaksi perbuatan kita yang sebenar di dunia ini. Pada masa itu kita tidak boleh menyembunyi apa-apa pun. Lebih baik kita berterusterang sekarang ini.Lihat surah Yasin Ayat 65
4. Memilih calun lain bukan calun pilihan kita, bukan bermakna calun kita itu bersalah. Serah sahaja urusa itu kepada Allah Subhanahu Wa Taala
5. YAB Presiden dan YAB Timbalan prisedin mesti membaut keputusan berani tetapi menepati kehendak Allah dan Rasul NYA.والله أعلم

Thursday, October 15, 2009

MANIFASTASI RAKYAT DIDAHULUKAN

Abd. Manaf Ahmad

Kehendak Dato’ Seri najib Tun Razak yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan menjadi nadi kemengangan Barisan Nasional BN dalam pilhan raya Bagan Pinang yang berlangsung semalam 10 oktiober 2009. Najib berhadapan dengan pilihan yang getir semasa hendak menetukan calun BN di Bagan Penang. Namun beliau tidak melayan emosi tetapi mahu berlandaskan keputusannya kepada “Rakyt didahlukan dan pencapain diutamakan.

Tentunya Najib berhempas pulas mencari calun yang dihendakki oleh pengundi sebagai calun pilihan mereka. Beliau mempunyai pelbagai sumber maklumat yang disampaikan kepaddnya mengenai calun yang dikehendakki oleh pengundi Bagan Pinang, bukan daripada mana-mana pihak lain. Tentunya beliau memperolehi maklumat yang paling tepat sipakah yng patut menjadi calun dan mengepikan pengaruh emosi dari pelbagai pihak.

Sebelum penamaan calun dijalankan, didapati rata-rata pengundi Bagan Pinang mahukan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calun mereka kerana beliau dibesarlan di Bagan Pinang dan berkongsi pahit manis, suka dan derita penduduk disitu. Tentu semua orang suka jika kita merendah diri dan tidak sombong dengan mereka malah menolong ketika mereka dalam kesusahan. Itulah calun yang dikehedaki pengundi.

Najib bukan membawa slogan ‘Rakyat Didahlukan, Pencapaian Diutamakan’ tetapi melaksanakan menifetasi slogan itu dengan jujur dan tepat. Oleh kerana Najib mendahulukan rakyat yang bernama pengundi, maka itulah sebabnya, calun BN yang bernama Mohd. Isa Abdul Samad mendapat kemenangan besar kerana pengundi Bagan Pinang mahukan beliau. Pilihan Najib adalah tepat.

Sudah tentu kepimpinan Najib mahu kemenangan calun BN tercapai dengan baik. Itulah keutamaan yang dikehendadkki oleh Najib. Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah kemengan Njib yang berasaskan kemahuan rakyat ia itu pengundi Bagan Pinang.

Najib juga bersama-sama dengan rakyat dan mejoriti ahli-ahli MCA apabila beliau meminta supaya isu pertelingkahan antara Presiden MCA dengan Timbalannya diserahkan kepada rakyat melalui perwakilan MCA dalam mesyuarat luar biasa mereka. Ramai melihat bahawa Najib mahu kesetabilan politik dalam MCA sebagai parti terbesar komponan BN.

Episod ini berakhir apabila mesyuarat agung luar biasa yang bersidang pada hari sabtu yang lalu, membuat keputusan menerima usul undi tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Sri Ong Tee Keat dan menyokong usul untuk menerima semula Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai anggota parti tetapi menolak usul untuk mengembalikan beliau sebagai Timbalan Presiden parti. Itulah keputusan yang berlandaskan kehendak rakyat tanpa campur tangan daripada pihak lain. Keputusan itu secara tidak langsong menyokong gagasan Najib yang mahu ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Rakyat yang menjdi pengundi Bagan Pinang telah memilih calun yang mereka kehendakki. Rakyat Malaysia dari keturuan Cina yang menjadi Perwakilan MCA dalam mesyuarat luarbiasa mereka, telah membuat keputusan menolak kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden yang dipilih tahun lalu. Apakah pencapaian yang mereka mahu dari keputusan itu. Tentulah mereka mahu kesetabilan politiik dalam MCA dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.

Najib juga telah menyarankan supaya dikembalikan suara rakyat kepada UMNO. Beliau mahu rakyat diakar umbi dari cawangan-cawangan UMNO diseluruh negara diberi hak untuk menentukan Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Kita sedang menyaksikan peralihan kuasa pentadbiran politik yang dibawa oleh Najib dengan kebijaksanaannya. Najib bukan melaungkan slogan kosong tetapi melaksanakan kata-katanya dengan perbuatan. Mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk kepada beliau.