Sunday, January 17, 2010

DATO’ SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD DIIKTIRAF SEBAGAI IBNU KHALDUN MORDEN

Abd. Manaf Ahmad

Saya bersyukur dan bangga dapat menyaksi satu penghormatan luar biasa yang diberi kepada YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia membuat ucaputama dihadapan Cendikawan dan ahli fkir Islam Mesir di Dewan Besar Universiti Azhar yang melahirkan ulamak-ulamak terkenal di seluruh dunia. Ini satu pengiktirafan Azhar kepada ketokohan YAB Dato’ Seri sebagai pemikir dan pemimpin Islam yang terkenal di dunia Islam hari ini.

Bersyukur kepada Allah kerana YAB Dato’ Seri telah diiktiraf sebagai tokoh ulung Islam dari Asia menyamai Ibnu Khaldun di zaman moden ini kerana Berjaya menghasilkan buah fikiran yang bernas yang diterima oleh dunia Islam hari ini dan menjadi penghubung bicara dengan kuasa-kuasa besar yang mencetuskan pandangan serong terhadap agama Islam yang suci. Mereka telah mendengar pandangan YAB. Dato’ Seri hingga terpaksa memikir semula apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap umat Islam hari ini. Mereka lebih berhati-hati.

Memang tepat pada masanya, seorang pemikir dan penerbit terkenal di dunia Arab, Dr. Hassan Al zain merakamkan buah fikiran dan pandangan YAB Dato’ Seri melalui penulisan dan ucapan beliau dari bangku sekolah hingga hari ini di dalam 8 jilid buku yang akan dikenali sebagai Encyclopedia Mahathir standing dengan Muqaddimah Ibnu Khaldun.

Saya percaya Encyclopedia Mahathir itu akan kekal dikenang dan menjadi salah satu bahan rujukan penting pada masa hadapan seperti juga kita hari ini menghargai penulisan Ibnu Khaldun yang dihasilkannya beberapa kurun yang lalu. Ibnu Khaldun lebih terkenal hari ini dari zaman penulisannya dulu. Saya percaya Dato’ Seri akan menjadi Ibnu Khaldun moden yang akan menjadi sumber kajian masa hadapan.

Benarlah Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud “Allah menganugerah hikmah iaitu ilmu pengetahuan yang berguna kepada sesiapa yang dikehendakinya mengikut aturan peraturan tertentu. Maka sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Tidak ada siapa pun yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang bijak menggunakan akal fikirannya”.

Inilah satu cetusan ilham yang saya dapat semasa merenung ke lembah Nile semasa tinggal di Royal Nile Tower, Cairo dari 12 hingga 23hb. Januari 2003.

No comments:

Post a Comment